Monday, February 8, 2010

MACAM MANA NAK CUCI?

Biasanya bila mula nk perkenalkan CD pada kawan2, ramai yang tanya, "Tak leceh ke nak basuh?".


Jadi, untuk menunjukkan betapa mudahnya mencuci CD, sila ikuti panduan di bawah:-


1. Baru beli..
Pertama kali dapat CD, prewash dulu CD anda (sekurang-kurangnya 3 kali sebelum digunakan). Ini bagi mengelakkan leaking kerana semakin banyak anda basuh semakin baik daya serapan CD anda. Gunakan hanya 1/4 sukatan sabun pencuci. Gunakan pencuci yang kurang buih, tiada enzim (contoh enzim pewangi atau enzim pemutih) kerana sesetengah bayi mempunyai kulit yang sangat sensitif.



2. Pee pee?


Kalau kene pee pee (kencing..)? Bilas dan boleh terus dibasuh dgn tangan. Jangan gunakan berus.. gosok2 dengan tangan je. Seperti prewash, kurangkan juga sukatan pencuci kepada ¼ shj. Tak gunakan sabun pun boleh.. yang penting bilas bersih2 dengan air yang banyak. Atau cara yang mudah, masukkan ke dalam mesin basuh. Seeloknya gunakan laundry net bagi menjaga ketahanan CD.

CD dimasukkan ke dalam laundry net... Masukkan ke dalam mesin basuh ...dan.. cuci


3. Poo Poo?

Untuk CD yang ada poo poo (ehem ehem) Buang poo poo ke dalam mangkuk tandas. Lepas tu jirus/sembur dengan air sampai hilang warna dan rupa. Rendam sekejap pun boleh.. tapi jangan lama sangat. Kemudian masukkan dalam mesin basuh. Jangan lupa gunakan laundry net.






PENTING!

Elakkan menggunakan peluntur (cth. clorox) atau pelembut (softener) kerana 'softener' boleh mengurangkan daya serapan dan ‘clorox’ boleh merosakkan cloth diaper.


*  *  *  *  *  *  *  *  *  * 


PETUA:
  • Anda boleh menggunakan cecair basuh pinggan (contohnya 'Sunlight') pada 'microfleece' untuk menanggalkan warna kekuningan (kesan poo-poo) sekiranya ada. Andaikata CD tidak sempat dibasuh terus, tinggalkan saja di dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian. Simpan tidak boleh lebih dari 3 hari

  • Bagi insert pula, sekiranya sudah lama digunakan dan nampak kekuningan, boleh perahkan limau nipis pada insert yang basah dan tinggalkan seketika sebelum dibasuh, ataupun boleh campurkan sedikit soda bikabonat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan dengan sedikit cuka tetapi JANGAN dibuat pada cloth diaper kerana cuka boleh merosakkan PUL (material sebelah luar cloth diaper) yang boleh mengakibatkan kebocoran. Jangan risau, kekuningan ini juga boleh hilang apabila dijemur ditengah panas matahari atau pun setelah 'insert' dibasuh berulang kali. Matahari adalah peluntur yang terbaik juga.

  • Sebulan sekali, lakukan 'stripping' iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar 'microfleece' dengan sabun basuh pinggan yang elok kuasa tanggal minyaknya contohnya 'Sunlight', kemudian dibilas bersih-bersih supaya 'microfleece' dapat berfungsi dengan baik.

  • Biasanya apabila CD sudah lama digunakan dan nampak seperti 'microfleece' kurang menyerap dan air kencing keluar mengikut tepi cloth diaper, maknanya 'stripping' perlu dilakukan untuk mengeluarkan kekotoran halus atau mendapan sabun yang mungkin terperangkap pada 'microfleece'.

**Pastikan CD dan insert dijemur di bawah matahari untuk memastikan ianya kering dengan baik.

No comments:

Post a Comment