Monday, February 8, 2010

WHAT? HOW? WHY?

WHAT? 


Cloth diaper merupakan lampin kain yang mampu berfungsi seakan-akan lampin pakai buang. Kelebihannya, ia boleh dibasuh dan dipakai semula!


HOW?

Mudah sahaja. Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi.. sama macam kita pakai lampin pakai buang.. Mudahkan?


WHY?


LEBIH SIHAT!

Apa ada dalam lampin pakai buang?

1. Dioxin - bahan yang terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioxin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

2. Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar.

Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

3. TRIBUTYL TIN (TBT) - Dilabel sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.

4. Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang.

Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain.
Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

5. Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah) - Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.


*  *  *  *  *  *  *  *  *  *  *  * 

MESRA ALAM

Tahukah anda sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk terurai?

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia.

Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu. Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.


* * * * * * * * * * * *


LEBIH JIMAT

Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain.

Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:



Kos penggunaan CD kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah keluarga.


No comments:

Post a Comment